Anwar arah siasatan segera nahas lori Jabatan Imigresen, tiga sekeluarga maut

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung kemalangan membabitkan sebuah lori jabatan itu yang mengorbankan tiga sekeluarga awal pagi tadi.

Anwar menerusi kenyataan media hari ini turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tragis berkenaan.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh.

“Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi.

“Al-Fatihah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan tiga sekeluarga maut selepas dilanggar sebuah lori Imigresen dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira 1 pagi Rabu.

Dalam kejadian itu, lori Isuzu Black Maria milik Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang tidak membawa muatan terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan empat pejalan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki Melayu berusia 43 tahun.

Katanya, pemandu itu dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Related Posts

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUCHING – Kerajaan Persekutuan kini bertindak beralih kepada pendekatan tindakan awalan bagi menangani situasi jerebu yang melanda negara dengan lebih berkesan, disokong oleh peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta bagi Operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Netizen bangga PMX tidak ‘termakan’ soalan provokasi isu Gaza, Israel

KETEGASAN dan ketenangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan berkaitan konflik Gaza, Israel dan Iran dalam satu wawancara bersama stesen televisyen India, Thanti TV baru-baru ini mendapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

Malaysia sedia RM5 juta untuk pembenihan awan, tawar bantuan logistik kepada Indonesia

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

KUSKOP tambah peruntukan RM1 juta untuk lima projek Tamu Desa di Mas Gading

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jerebu makin buruk, empat kawasan di Terengganu catat IPU tidak sihat

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Jangan tanamkan kebencian, politik mesti membawa rahmah

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

Tiada kompromi, sindiket e-PLKS palsu diburu hingga tumpas – Saifuddin

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia

AI Talks Edisi Ke-2 perkasa literasi digital komuniti sempena Hari Malaysia