Netizen tanya, Exco Terengganu jawab ‘tadok’

“TADOK (tiada),” demikian jawapan ringkas Exco Terengganu, Hanafiah Mat terhadap satu komen netizen di hantaran Facebooknya.

Jawapan itu bagi menjawab soalan netizen dengan nama Lupiee Lupiee yang bertanyakan mengenai status Permohonan Tabung Darul Iman Pesakit Kronik.

Menurut komen itu, permohonan sama pada tahun lalu tiada jawapan dan bertanyakan status tahun ini ia ada dibuka lagi atau tidak.

Jawapan ‘tadok’ yang diberikan Hanafiah itu membuatkan Lupiee Lupiee kecewa dan mengundang reaksi tidak puas hati netizen lain.

Lupiee Lupiee: Klau tdk bkpe jbt dun bgi borang srh isi, baik kbo tdk je snang (Kalau tak ada buat apa Pejabat DUN bagi borang suruh isi, baik cakap tak ada, senang).

Hisyam Ismail: yb temberang je… nak tunjuk buat kerja… (YB menipu nak tunjuk buat kerja).

Awang Goneng:…fuyyo… comey sngh jwpan yb..”tadok”…bnyi mcm lembu kenyang je..(cantik jawapan ‘tak ada’, bunyi macam lembu kenyang).

Merujuk laporan Bernama bertarikh 26 Julai 2022 mengenai isu Tabung Darul Iman, Hanafiah mengakui kelewatan agihan bantuan disebabkan kerajaan negeri perlu mendaftar setiap penerima bantuan ke dalam Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS).

Katanya yang juga ADUN Cukai, kelewatan pembayaran itu antara lainnya juga disebabkan proses naik taraf iSPEKS dan ia bukan sahaja melibatkan bantuan kepada penerima Tabung Darul Iman, malah semua akaun lain.

“Proses naik taraf portal ini dimulakan secara berperingkat pada tahun lepas dan ia sudah pun siap pada suku ketiga 2021 dan dalam masa terdekat, pembayaran akan dapat dilakukan mengikut jadual seperti biasa,” katanya menjawab soalan lisan Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN-Jerteh) dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ketika itu.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak