Polis cekup Papagomo

KUALA LUMPUR – Aktivis Perikatan Nasional (PN)  Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo ditahan polis daripada Bukit Aman selepas menghadiri perbicaraan kes hasutan di mahkamah hari ini.

Muhammad Rafique Rashid Ali berkata anak guamnya itu ditahan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Rafique berkata Papagomo hari ini hadir perbicaraan hari kedua susulan pertuduhan menghasut, termasuk dengan menuduh kerajaan pro-Israel dan pro-Barat.

“Mereka dalam perjalanan ke balai polis Dang Wangi. Arahan daripada atas. Ia berkaitan laporan polis berkaitan akta hasutan.

“Kerajaan hari ini betul-betul salah guna kuasa,” katanya.

Ketika dihubungi, Rafique tidak jelas apa berkaitan kesalahan khusus yang dilakukan anak guamnya.

Papagomo turut berdepan pertuduhan menghasut lain dalam isu jualan stoking bertulis kalimah Allah oleh kedai runcit KK Mart.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak