Kes Esha: Seorang lagi pempengaruh ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang lagi individu disyaki pengguna akaun TikTok @DulalBrothers ditahan, di sini, berhubung kes ugutan terhadap seorang pempengaruh media sosial yang ditemukan meninggal dunia di kediamannya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, lelaki tempatan itu ditahan kira-kira jam 6.30 petang di Setapak.

“Suspek kedua dipercayai melakukan ugutan menggunakan akaun TikTok ‘@DulalBrothers’ telah ditahan semalam.

“Semakan awal mendapati lelaki ini bekerja sebagai pemandu lori,” katanya.

Tambahnya, lelaki terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berhubung ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sebelum itu, pempengaruh terbabit iaitu Rajeswary Appahu, 30, atau digelar ‘Esha’ ditemukan meninggal dunia, 5 Julai lalu, iaitu sehari selepas membuat laporan polis berhubung ugutan jenayah dan fitnah terhadap dirinya.

Berikutan itu, polis telah menahan seorang wanita tempatan berusia 35 tahun di Jalan Cempaka 2, Bukit Beruntung, Selangor jam 1.45 pagi, Isnin lalu.

Siasatan polis mendapati penama akaun @DulalBrothers dan @Alphaquinnsha telah menggunakan gambar Rajeswary (Esha) sebagai latar belakang kandungan video yang telah dimuat naik ke akaun masing-masing.

Kandungan tersebut juga didapati mengandungi ugutan dan ancaman kepada mangsa selain menggunakan kata-kata kesat serta lucah.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak