Sindiket pengemis OKU tumpas

JOHOR BAHRU – Bermodalkan pembesar suara dan menyanyi, dua pengemis warga asing yang melakukan kegiatan itu di medan selera, restoran dan pasar malam di bandar raya ini, mampu meraih pendapatan sekitar RM8,000 sebulan.

Kegiatan pengemis orang kurang upaya (OKU) itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan (JBS) melakukan serbuan pada 13 Jun lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, hasil daripada serbuan pada jam 8.30 malam itu, seorang lelaki dan wanita warga tempatan berusia 42 dan 53 tahun yang berperanan sebagai ‘transporter’ ditahan.

“Dalam serbuan yang sama, polis berjaya menyelamatkan dua lelaki OKU warga asing berusia antara 44 hingga 50 tahun yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi eksploitasi pengemis oleh sindiket.

“Polis turut merampas tiga telefon bimbit, tiga buah kereta, tiga alat kawalan jauh, sebuah alat pembesar suara dan wang tunai bercampur-campur berjumlah RM1,859.

“Siasatan lanjut membawa kepada penahanan lelaki tempatan berusia 42 tahun yang merupakan penjaga atau pengurus dua lelaki OKU warga asing terbabit di sebuah pangsapuri pada jam 11.45 malam, 19 Jun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Selasa.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

Tambah Kumar, sindiket akan keluar negara untuk mencari individu OKU dan ditawarkan pekerjaan sebagai pengemis di negara ini.

Kumar (tengah) menunjukkan carta aliran sindiket pengemis OKU warga asing dalam sidang akhbar di IPK Johor pada Selasa.

“Sindiket akan menguruskan tempat tinggal mangsa di rumah teres yang disewa dan disyaratkan membayar RM800 seminggu untuk urusan pasport dan dikehendaki bekerja selama enam jam sehari.

“Wang kutipan seharian mengemis menjangkau sehingga RM250 hingga RM300 perlu diserahkan kepada penjaga yang akan membuat kutipan secara mingguan,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit