Tiada petisyen kesalahan PRK Sungai Bakap diterima SPR

NIBONG TEBAL – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima sebarang petisyen berkaitan kesalahan sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap daripada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya setakat ini hanya menerima kesalahan-kesalahan kecil melibatkan poster saja diterima setakat ini.

“Kes yang biasa atau kecil (iaitu) melibatkan kesalahan seperti poster diletakkan di tempat tidak sepatutnya tapi tidak timbul isu yang besar.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi penyokong parti yang mematuhi peraturan perjalanan pilihan raya kali ini,” katanya ketika ditemui media selepas meninjau persiapan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu di Dewan Serbaguna Jawi di sini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai persiapan akhir SPR menjelang hari pengundian, Ikmalrudin berkata, semua proses bagi pengundian esok berjalan lancar.

Menurut beliau, ketua tempat mengundi serta petugas keselamatan telah diberikan taklimat berkaitan bagi memastikan kelancaran proses pengundian.

“Setiap semakan yang dilakukan hari ini adalah bagi memastikan kesemua kelengkapan mengundi mencukupi termasuklah peralatan seperti peti undi, dakwat, kertas undi dan juga peralatan-peralatan melibatkan persiapan logistik.

“Kita juga ingin menasihatkan pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

Seramai 39,151 pemilih berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab mengundi pada PRK bagi memilih wakil rakyat DUN Sungai Bakap esok.

Sebanyak sembilan pusat pengundian yang mengandungi 65 tempat mengundi atau saluran dijadual dibuka serentak bermula jam 8 pagi dan ditutup jam 6 petang.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PH iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Pilhan raya kecil kawasan itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

ARAU – Individu atau wakil syarikat yang menjalankan urusan bagi pihak pelanggan di semua pejabat dan cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara diwajibkan berdaftar serta mendapat kelulusan jabatan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala