Kempen secara sihat, jangan guna dakyah, fitnah dan unsur provokatif

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, semua pihak perlu berkempen secara sihat dan tidak menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif pada Pilihan Raya Kecik (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, peringatan tegas tersebut perlu diambil serius susulan terdapat aduan yang diterima oleh pihak Kementerian Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tentang kewujudan perkara seumpamanya, lapor Bernama.

“Kita perlu berhenti berkempen pada 12 tengah malam ini dan pada masa sama, saya sampaikan peringatan tegas kepada semua pihak untuk mengelak daripada bermain dengan kandungan yang provokatif seperti aduan yang kita terima daripada beberapa individu di Sungai Bakap.

“Ini suatu tindakan yang jahat, bersifat provokatif dan ada nombor telefon di situ. Pihak MCMC dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) akan mengesan mereka di sebalik tindakan jahat ini. Sekiranya ini adalah usaha mana-mana pihak, ia akan makan diri,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

PRK DUN Sungai Bakap esok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon
Pakatan Harapan Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional Abidin Ismail yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala