89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 226 128 153 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 104 97 100 105 114 32 112 97 100 97 32 77 97 106 108 105 115 32 80 101 110 103 97 110 117 103 101 114 97 104 97 110 32 80 114 111 102 101 115 111 114 32 75 101 104 111 114 109 97 116 32 107 101 112 97 100 97 32 65 108 32 73 109 97 109 32 65 108 32 65 107 104 98 97 114 32 80 114 111 102 101 115 111 114 32 68 114 46 32 65 104 109 97 100 32 77
SHEIKH Al-Azhar Al-Sharif Prof Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb hari ini menamatkan lawatan khas empat hari ke Malaysia atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sheikh Al-Azhar diberikan upacara pelepasan pulang dengan hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai oleh Kapten Muhammad Syafiq Najmi Mazlan.
Penerbangan komersial membawa Sheikh Al-Azhar berlepas dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada 9 pagi ini, lapor Bernama.
Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Dalam rangka lawatan khas empat hari bermula Selasa lepas, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Sheikh Al-Azhar di Istana Negara semalam.
Sheikh Al-Azhar turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Pengajian Quran dan Sunnah oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Penganugerahan kepada Sheikh Al-Azhar yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir itu disempurnakan Pro-Canselor USIM Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dalam Majlis Konvokesyen Khas.
Anwar menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.
Beliau berkata Sheikh Al-Azhar yang dikenali sebagai ketua ilmu telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.



