Pilih pemimpin yang berkhidmat tanpa musim – Dr Akmal

KETUA Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh meminta pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap memilih calon tepat yang dapat berkhidmat sebelum dan selepas pilihan raya kecil (PRK) berakhir.

Beliau menasihati pengundi untuk tidak mengundi calon yang hanya datang ketika musim pilihan raya tetapi ‘hilang’ selepas menang kerusi yang ditandingi.

“Rakyat yang menentukan siapa pemimpin yang dipilih bukan pemimpin yang menentukan apa yang rakyat perlu pilih.

“Pastikan memilih pemimpin yang berkhidmat sebelum dan selepas pilihan raya bukan hanya datang ketika musim pilihan raya tetapi hilang selepas menang pilihan raya dengan pelbagai alasan,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat mengundi kepada rakyat Sungai Bakap yang akan keluar mengundi Sabtu ini.

“Selamat mengundi rakyat Sungai Bakap. Selesai di Sungai Bakap semalam hari ini kita ke Machang Kelantan pula,” katanya.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu. 

Related Posts

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ADUN Pas Perlis dilayan seperti pembangkang

KANGAR – Kepimpinan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah didakwa menyisihkan rakan gabungan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri sehingga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dikatakan dilayan seperti pembangkang. Perwakilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16