Undi Melayu penentu keputusan PRK Sungai Bakap

LEBIH kurang dua lagi proses demokrasi akan berjalan di Sungai Bakap bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Dan dalam masa dua hari ini jugalah, semua jentera kempen daripada Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN) perlu mendekati seberapa ramai pengundi di kawasan berkenaan.

Kedua-dua calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini – Dr Joohari Ariffin mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Abidin Ismail (PN) – sudah pun mengumumkan manifesto mereka.

Cikgu Joohari melancarkan manifesto atau iltizamnya pada 30 Jun lalu, manakala Abidin pula berbuat demikian pada Selasa.

Joohari menawarkan PADU yang merangkumi prasarana dan progresif; akhlak, akademik dan anak muda; damai serta untuk semua.

Abidin pula menyediakan KERJA membabitkan khidmat kepada masyarakat; ekonomi dan peluang pekerjaan; rangkaian infrastruktur; jaminan mengutamakan rakyat dan amanah serta integriti.

Lewat petang Rabu, Institut Darul Ehsan (IDE) membentangkan analisis mereka di Shah Alam, Selangor.

Kaji selidik itu dilakukan dalam bentuk tinjauan kepada landskap persepsi rakyat menjelang pengundian untuk PRK Sungai Bakap.

Pembentangan itu dilakukan sendiri oleh Pengerusi IDE, Profesor Dr Mohammad Redzuan Othman.

Mohammad Redzuan berkata, trend sokongan pengundi di Sungai Bakap dilihat cenderung kepada PH dan Kerajaan Perpaduan.

Namun, beliau menegaskan sokongan kepada sesebuah parti tidak semestinya memberi kemenangan kepada calon daripada parti itu.

Mohammad Redzuan berkata, kajian selidik itu dijalankan terhadap 786 responden sebelum hari penamaan calon.

“Berdasarkan kajian, sokongan pengundi kepada gabungan PH/BN adalah 53.2 peratus dan kepada PN adalah 43 peratus .

“Pengundi atas pagar atau masih tidak membuat keputusan pula sebanyak 3.8 peratus.

“Sokongan pengundi Melayu kepada calon Perpaduan ialah 36 peratus. Namun, saya nak beritahu sokongan kepada parti tidak bermakna mereka akan mengundi kepada calon parti itu,” katanya.

Redzuan turut memaklumkan Cikgu Joohari memerlukan peningkatan 4 peratus dalam sokongan orang Melayu untuk merampas semula kerusi berkenaan daripada PN.

Katanya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, calon PH, Nurhidayah Che Rose memperolehi 32 peratus sokongan pengundi Melayu apabila Allahyarham Nor Zamri memenangi kerusi itu dengan 1,563 undi.

“Dengan ramalan peratus keluar mengundi pada kadar 60 peratus, PH memerlukan 36 peratus undi Melayu untuk menang,” katanya lagi.

PH dijangka tidak berdepan masalah untuk memperoleh undi daripada pengundi Cina dan India yang 82 peratus dan 77 peratus akan memilih Cikgu Joohari.

Namun, tinjauan IDE menunjukkan PN mungkin dapat mengekalkan kerusi itu dengan majoriti tipis sekiranya jumlah peratusan keluar mengundi melebihi 70 peratus.

PRK Sungai Bakap membabitkan 39,279 pengundi, terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka