Dua projek dilaksana jika Joohari menang di Sungai Bakap

SUNGAI BAKAP – Presiden UMNO berazam dua projek akan dilaksanakan di Sungai Bakap jika Cikgu Johari memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, projek tersebut ialah melaksanakan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan pembinaan sekolah tamil di Sungai Bakap.

Beliau menyifatkan azamnya itu bukan sekadar janji politik pilihan raya sebaliknya demi memastikan kesejahteraan penduduk Sungai Bakap.

“Justeru, saya berpandangan bahawa cadangan untuk melaksanakan projek ini harus ditunaikan kelak jika Pakatan Harapan menang pada PRK Sungai Bakap,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika hadir ke Majlis Kasih Bersama Pemimpin di Sungai Kechil di sini, pada Selasa.

Hadir sama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan calon PH PRK Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut mengingatkan Cikgu Joohari agar tidak melupakan rakyat di bawah sekiranya diberi peluang sebagai wakil rakyat.

Ahmad Zahid berkata, kemenangan di Sungai bakap cukup penting bagi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga imej Kerajaan Perpaduan

“Oleh itu, jika cikgu Joohari terpilih tentunya rakyat Sungai Bakap akan lebih berkeuntungan kerana beliau akan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri yang juga bawah Kerajaan Perpaduan,” katanya

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

PONTIAN – Cadangan atau usaha menubuhkan sebuah parti politik baharu ketika landskap politik negara semakin menghampiri Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) dilihat sebagai satu langkah yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi