MARA bawa program bisnes, pendidikan ke Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Majlis Amanah Rakyat (MARA) meneruskan Program Jom Bisnes dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar dengan ‘pit stop’ terbaharu di Sungai Bakap atau lebih tepat di Dewan JKK Sungai Kechil, pada Selasa.

Terdapat pelbagai pameran daripada agensi MARA, taklimat keusahawanan dan taklimat pendidikan TVET. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat keusahawanan, konsultasi pendidikan institusi pendidikan MARA dan pemeriksaan kesihatan percuma UniKlinik.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut turun padang dengan menyediakan perkhidmatan seperti gantian kad pengenalan rosak atau hilang, pertukaran alamat pada kad pengenalan, permohonan kad pengenalan dan permohonan sijil kelahiran dan kematian.

Bahagian yang paling mencuri perhatian terutama buat belia sudah tentulah Touchpoint GiatMARA yang menyediakan servis motosikal, gunting rambut dan spa urutan kaki. Selain itu, program turut diselang-selikan dengan cabutan bertuah dan pengunjung diberikan beras dan minyak masak sebagai hadiah.

Dalam kepadatan jadual, calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin atau Cikgu Joohari sempat singgah dan menyantuni para petugas dan pengunjung. Beliau berbesar hati atas kesudian MARA memilih Sungai Bakap untuk program ini dan berharap ia dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

“Program sebegini semestinya cukup baik, lebih-lebih lagi ia melibatkan semua pihak termasuk wanita dan belia. Kalau dapat buat selalu lagi baguslah. Program seperti ini dapat mendedahkan penduduk dengan pelbagai kursus dan aktiviti anjuran MARA yang kadang-kadang orang tak tahu.

“Dalam program ini contohnya belia dapat mempelajari pelbagai perkara tentang motosikal seperti tukar minyak motor, belajar tentang dandanan dan juga kemahiran memotong rambut. Jadi belia nampak peluang dan masa depan apabila menyertai pendidikan naungan MARA. Begitu juga dengan TVET, MARA memainkan peranan besar dalam memberikan penerangan kepada semua pihak,” katanya.

Program Jom Bisnes dan Jelajah Pendidikan Luar Bandar anjuran MARA ini senada dengan iltizam PADU yang dibentangkan oleh Cikgu Joohari yang ingin menjadikan Sungai Bakap sebagai pusat pengeluaran produk mikro halal dan penyertaan usahawan wanita dalam Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat, saya akan berbincang dengan pihak persekutuan serta negeri untuk membawa projek halal hub dan projek-projek lain ke Sungai Bakap,” ikrarnya.

Memajukan ekonomi dan pendidikan tidak harus dibiarkan menjadi omongan kosong. Apa yang perlu dilakukan oleh penduduk ialah membuat pilihan terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang akan berlangsung pada 6 Julai nanti.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan antara calon PH, Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow