Pemandu, penghantar zon wilayah utara pencarum aktif  SKSPS Perkeso

NIBONG TEBAL – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) merekodkan 237,950 individu bersamaan 36.7 peratus merupakan pencarum aktif bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) adalah daripada sektor pengangkutan penumpang serta pengangkutan barangan dan makanan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, jumlah keseluruhan pencarum aktif SKSPS sehingga 21 Jun lalu adalah seramai 648,657 individu dengan sasaran pencapaian ke arah 1 juta pencarum skim ini telah mencapai 62 peratus.

“Daripada jumlah itu, 5,787 rakan pemandu (e-hailing) dan penghantar (p-hailing) zon wilayah utara merupakan pencarum aktif SKSPS menerusi inisiatif tajaan oleh Grab Malaysia.

“Caruman 180,000 rakan pemandu dan penghantar kendalian mereka yang telah dilaksanakan pada Jun lalu dengan nilai kumulatif perlindungan berjumlah lebih RM4.2 juta bagi tempoh 12 bulan bermula daripada tarikh yang didaftarkan.

“Peningkatan memberangsangkan ini membuktikan inisiatif kerajaan mendapat sambutan positif dan masyarakat sedar akan kepentingan memiliki perlindungan keselamatan sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis meraikan peluncuran Tajaan Kepada E-Hailing dan P-Hailing Zon Wilayah Utara anjuran Perkeso yang diadakan di sini, pada Isnin.

Antara faedah yang boleh diperolehi oleh pencarum yang layak adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional serta Faedah Pendidikan.

Steven turut berkongsi perangkaan kes tuntutan SKSPS dan pembayaran faedah untuk 2024 sehingga 21 Jun lalu adalah sebanyak 2,398 kes tuntutan yang berjaya diproses dengan pembayaran faedah keseluruhan mencecah lebih RM10.75 juta merangkumi 20 sektor.

“Daripada jumlah itu, sektor e-hailing dan p-hailing merekodkan sebanyak 631 kes tuntutan dengan pembayaran faedah di bawah sektor terbabit berjumlah RM3.3 juta dan 174 kes di bawah zon utara dengan jumlah RM644,000,” tambahnya lagi.

Dalam majlis itu juga beliau menyampaikan Nota Perlindungan oleh Perkeso dan Grab Malaysia kepada rakan pemandu dan penghantar yang terpilih serta sumbangan Kotak Prihatin kepada penerima faedah Perkeso di bawah SKSPS.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

Cultural Night satukan anak Bukit Saban, Uggah seru belia rebut peluang pembangunan

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

SMK Merbau perkukuh aspek keselamatan kurangkan risiko kemalangan pelajar

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri