Belum ada perbincangan Bersatu bertanding DUN Nenggiri – Tuan Ibrahim

NIBONG TEBAL – Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat keputusan calon parti mana akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos depan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi menegaskan, belum ada sebarang perbincangan mahupun mesyuarat diadakan di peringkat pimpinan tertinggi PN.

Menurut beliau, ketika ini terdapat permintaan daripada PAS kawasan Gua Musang untuk bertanding, sebagai persediaan sekiranya Parlimen Gua Musang turut akan diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Kita menerima permintaan dari kawasan Gua Musang untuk bertanding satu dari dua kerusi sekiranya Parlimen Gua Musang turut diadakan PRK nanti, bahkan seandainya kesemua lapan kerusi ( enam Parlimen dan dua Dun) diadakan serentak.

“Perbincangan secara lebih lanjut dan terperinci perlu diadakan. Setakat ini kepimimpinan tertinggi (PN) belum mengadakan sebarang perbincangan (calon parti mana akan dipilih).

“Semua keputusan akan dibincangkan dalam mesyuarat PN kerana kita adalah sebuah gabungan. Apa yang paling penting ialah kemenangan PN di semua PRK yang akan diadakan nanti,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS Kelantan akur dengan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Nibong Tebal, baru-baru ini bahawa Bersatu akan menghantar calon PN bagi bertanding pada PRK DUN Nenggiri.

Pengerusi PN itu sebelum ini memaklumkan keputusan tersebut telah dibuat sebelum ini memandangkan Nenggiri adalah kerusi milik Bersatu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Sebelum ini, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan kerusi DUN berkenaan kosong berkuat kuasa pada 19 Jun selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun lepas.

Azizi bertanding di bawah tiket PAS mewakili gabungan PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi