Pemuda UMNO P.Pinang berkampung bantu kempen Cikgu Joohari

NIBONG TEBAL – Semangat kerjasama antara parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan terserlah apabila Pemuda UMNO Pulau Pinang berkampung di DUN Sungai Bakap bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin.

Ketuanya, Hilmi Elias berkata, Pemuda UMNO komited membantu calon nombor 1 bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap itu yang mesra dikenali sebagai Cikgu Joohari demi menghormati prinsip Kerajaan Perpaduan.

Elias (kiri) ketika menyantuni pengundi.

“Pemuda UMNO juga turut terlibat dengan beberapa siri ‘speaker’s corner’ bersama penceramah-penceramah dari Pakatan Harapan di pasar-pasar malam di dalam DUN Sungai Bakap,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Selain terlibat sama dengan ‘speaker’s corner’ dan ceramah-ceramah yang dianjurkan, Pemuda UMNO yang mewakili Barisan Nasional juga turut serta dalam aktiviti ziarah bersama-sama dengan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal di sekitar Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kechil dan PDM Kampung Besar, baru-baru ini.

Malah beberapa program mendekati orang muda turut dianjurkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti.

“Kita akan cuba dekati pengundi terutamanya pengundi dari kalangan ahli UMNO dengan apa cara sekalipun,” jelas beliau.

Related Posts

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

PORT DICKSON – Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa yang mengaitkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebagai calon Menteri Besar mempamerkan ketandusan idea Barisan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu