Orang India tak ikut cakap Ramasamy, kata Ramanan

NIBONG TEBAL – Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy tidak mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat India.

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R. Ramanan berkata, sebarang anasir jahat di bawah bekas Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang itu adalah tidak diperlukan sama sekali oleh pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurut beliau, Ramasamy tidak perlu menyibuk dengan urusan masyarakat India khususnya pengundi di DUN berkenaan, dengan meminta mereka untuk tidak mengundi calon tertentu.

“Dah beberapa penggal dah (Ramasamy) jadi Timbalan Ketua Menteri, mana ada pengaruh. Kalau betul ada, komuniti India di sini (Sungai Bakap) tidak akan berada dalam kesusahan.

“Kita sendiri jangan beri pengaruh atau aura kepada dia. Tiada pencapaian pun yang ada padanya dalam membantu komuniti India di Pulau Pinang,” katanya kepada media ketika ditemui pada Program Sembang Santai Koperasi di Padang Lalang, hari ini.

Mengulas lanjut, Ramanan berkata,
banyak yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan Kabinet dalam membantu masyarakat India.

Walaupun baru memerintah tidak mencecah dua tahun, namun katanya, pelbagai insentif telah dilaksanakan yang membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan komuniti India.

“Kita telah wujudkan Prosperity Empowerment and A New Normal for Indian Women (PENN) berjumlah RM50 juta untuk komuniti India dan juga telah menambah dari RM30 juta kepada RM60 juta bagi Skim Pembiayaan Pemerkasaan SPUMI (SPUMI Goes Big).

“Selain itu, kita turut melaksanakan dana pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (Brief-i) berjumlah RM50 juta untuk komuniti India. Pasukan kami masih sedang memikirkan pelbagai idea baharu, kita tidak mahu ia dilakukan atas dasar syok sendiri, namun apa yang betul betul diperlukan rakyat,” katanya.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam