PN dicabar bentang prestasi wakil rakyat Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Kerajaan Perpaduan meletakkan fokus terhadap prestasi tidak baik wakil rakyat Sungai Bakap sebagai ‘peluru’ bagi merampas kerusi berkenaan.

Ia berikutan ada dakwaan perkhidmatan yang diberikan kurang memuaskan penduduk tempatan.

Justeru, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mencabar Perikatan Nasional (PN) bagi membentangkan prestasi wakil rakyat DUN Sungai Bakap sebelum ini.

“Saya mencabar Perikatan Nasional untuk membentangkan prestasi mereka selama mereka (PN) jadi wakil rakyat di sini.

“Kerana nampak bahawa mereka cuba mengelak soal prestasi semasa mereka menjadi wakil rakyat di sini sehinggakan isu-isu setempat ini terus menjadi isu tumpuan dalam kempen ini di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan Sungai Bakap, di sini, hari ini.

Menteri Ekonomi itu juga menzahirkan keyakinan jika isu-isu tersebut disampaikan kepada pengundi, ia akan memberi kelebihan kepada calon Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin, mengakui teruja apabila jentera daripada pelbagai pihak membantu dengan cukup baik.

Menurutnya, sepanjang kempen melalui pelbagai medium termasuk bersemuka, beliau mendapati banyak isu yang diketengahkan.

“Pada saya isu-isu ini kita kena kumpulkan dan senaraikan ikut ranking. Kalau saya dipilih jadi wakil rakyat saya akan beri keutamaan pada isu-isu ini, katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan hari memilih bagi pengundi PRK Sungai Bakap.

Ia menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon Kerajaan Perpaduan, Cikgu Dr Joohari Ariffin manakala calon PN, Abidin Ismail.

Related Posts

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Negeri Sembilan, Changkat Persekutuan, di sini, malam ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa polis menyiasat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri itu berhubung keputusan menerima proklamasi penyingkiran Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET