Video tular pelajar ditampar: KPM tunggu hasil siasatan polis

NIBONG TEBAL –  Berhubung video tular seorang pelajar perempuan ditampar di dalam tandas sebuah sekolah menengah dipercayai di Perak, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyerahkan dan menunggu hasil siasatan polis sebelum mengambil tindakan sewajarnya mengikut garis panduan.

“Kita sudah pun menetapkan peraturan dan juga menambah baik segala garis panduan berkaitan mengekang kejadian buli, khususnya di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk terus memperingatkan terutamanya ibu bapa, guru, komuniti dan para pelajar supaya tidak terjebak dengan gejala buli,” kata Fadhlina.

Beliau menjawab laporan yang mengatakan Polis Perak menjalankan siasatan video tular berdurasi satu minit dan 21 saat yang melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 tahun dan seorang berusia 13 tahun yang dikatakan berlaku di daerah Kerian.

Menurut siasatan, kejadian berpunca daripada rasa cemburu suspek terhadap mangsa yang dikatakan rapat dengan teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di sekolah yang sama. Mangsa telah membuat laporan polis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Fadhlina yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui ketika menyantuni petugas media di Pusat Media sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di Kompleks Rakan Muda di Jawi.

Related Posts

JPJ akan tingkatkan lagi MyJPJ dengan pelbagai ciri baharu

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terus memperkasakan aplikasi MyJPJ menerusi penambahbaikan berterusan serta pengenalan pelbagai ciri baharu menggunakan teknologi terkini. Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan