Cikgu Joohari lancar iltizam demi penduduk Sungai Bakap

NIBONG TEBAL – Meneruskan asakan bagi merampas kerusi DUN Sungai Bakap, Pakatan Harapan (PH) dijangka melancarkan manifestonya.

Bertemakan Perpaduan, Calon PH, Dr Joohari Ariffin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joohari akan mengumumkan iltizamnya demi penduduk Sungai Bakap.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap bagi PH, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, manifesto atau iltizam calon itu akan diumumkan pada ceramah mega yang akan diadakan pada sebelah malam.

“Jadi saya ingin menjemput semua pengundi dan masyarakat untuk hadir pada ceramah mega yang akan diadakan pada malam Sabtu nanti untuk kita sama-sama mendengar apakah tawaran atau iltizam calon PH buat Sungai Bakap.

“Kerajaan negeri akan terus membantu Cikgu Joohari untuk memberi khidmat dan kebajikan kepada rakyat Sungai Bakap,” katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Ladang Sempah di sini, pada Selasa.

Sebelum ini, Joohari atau mesra disapa dengan panggilan Cikgu memberi bayangan antara perkara yang akan ditekankan dalam iltizamnya (manifesto) ialah menekankan soal Perpaduan dan mengetengahkan pendekatan ‘PADU’.

“Saya nak tekankan P ialah prasarana kerana ia sering kali menjadi masalah masyarakat di sini termasuk isu bekalan air, banjir dan juga (kerosakan) jalan raya.

“Huruf A adalah menerusi penekanan akhlak, akademik dan anak muda, manakala D berkisarkan tentang damai, maka kita akan cuba memastikan sekurang-kurangnya untuk peringkat ini kita akan laksanakan kempen politik secara berakhlak dan cuba hulurkan perdamaian,” katanya.

Bekas guru dan pemegang ijazah kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata sekiranya diangkat sebagai wakil rakyat kelak, beliau akan memastikan semua pengundi di kawasan itu dilayan secara adil, sesuai dengan huruf U yang bermaksud Untuk Semua.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi