Muafakat Nasional hanya kuda tunggangan PN – Puad

PENYATUAN ummah yang mahu disuburkan oleh bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar melalui pertubuhan Muafakat Nasional (MN) akan menemui kegagalan.

Pemimpin UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Muafakat Nasional yang sebelum ini memperjuangkan penyatuan ummah kini hanya menjadi ‘tunggangan’ kepada Presiden pertubuhan itu, Tan Sri Annuar Musa dan timbalannya, Tan Sri Noh Omar untuk kembali aktif dalam arena politik negara.

Foto: FB Tan Sri Annuar Musa

“NGO MN bukan wujud atas keringat perjuangan ummah, ia sudah siap didaftar oleh orang lain dan diserah kepada mereka (Annuar dan Noh) secara percuma.

“Justeru NGO Muafakat Nasional tidak akan pergi jauh kerana ia dipimpin oleh Annuar dan Noh yang tidak ada aura penyatu ummah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Pada Januari 2023, Noh yang juga merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang dan bekas Pengerusi UMNO Selangor itu dipecat melalui melalui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu atas dakwaan melakukan sabotaj parti pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Sementara Annuar yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu dipecat pada Disember 2022 selepas keanggotaannya tergugur secara automatik di bawah Fasal 20.11 dan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman