Polis kenal pasti pemilik tangan putus di Tanjung Rambutan

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan motif pergaduhan berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan disebabkan perebutan kawasan pengedaran dadah antara dua kumpulan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, berdasarkan keterangan diberikan, mangsa lelaki warga tempatan bersama dua lagi rakannya semasa kejadian telah diserang hampir 20 lelaki bersenjatakan kayu dan parang.

Katanya, akibat serangan itu, seorang mangsa mengalami kecederaan parah putus pergelangan tangan kiri, kini sedang menjalani rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala dua lagi rakannya masing-masing hampir putus pergelangan tangan kiri dan putus urat di tapak tangan kiri.

“Ketiga-tiga mereka kini mendapat rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Rakaman percakapan telah diambil di mana mereka memberitahu diserang 20 lelaki memakai topeng.

“Punca kejadian pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan pengedaran dadah,” katanya di sini pada Ahad.

Menurut beliau, berikutan maklumat tersebut, tangkapan telah dibuat ke atas tiga lelaki berumur antara 23 hingga 37 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek lain yang masih bebas. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Syafiq Mohd. Ghazali di talian 013-7962051 bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

SEREMBAN – Teka-teki mengenai masa depan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dijangka terjawab dalam tempoh beberapa hari lagi apabila desas-desus pembubarannya semakin kuat diperkatakan dalam kalangan pemain politik negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai