Bekas guru dipilih wakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Sungai Bakap

NIBONG TEBAL: Bekas Pengarah Insitut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Joohari Ariffin, 60, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumum sebagai calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Pengumuman dibuat Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, pada majlis pengumuman calon Perpaduan di Simpang Ampat, Nibong Tebal malam tadi.

Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia itu dipilih sebulat suara oleh pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga bekas guru itu dipilih kerana berpengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan dan pengurusan pentadbiran dalam pendidikan.

Selain itu, beliau juga yang berkhidmat sebagai Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak aktif dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.

Turut hadir pada majlis tersebut,Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Ketua Wanita Keadilan Fadhlina Sidek; dan barisan pimpinan negeri yang lain.

Sebelum ini, PKR menyenaraikan lima nama yang akan dipilih bagi mewakili itu antaranya bekas calon PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN ) lepas, Nurhidayah Che Rose dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap 2018-2023 merangkap Ketua Cabang PKR Nibong Tebal, Datuk Amar Pritpal Abdullah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap bakal diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi. – AWANI

Related Posts

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

ISKANDAR PUTERI – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkesempatan menghadiri program Sembang Santai bersama ahli dan pimpinan Amanah kawasan Iskandar Puteri yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

PULAI – Pengumuman Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dilihat memberi isyarat jelas bahawa landskap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

Mujahid santuni ahli Amanah, tekankan politik matang dan rahmah

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

RM230 juta bagi Skim PADURI MADANI, sasar lahir 29,000 usahawan wanita B40

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

BN Johor beri isyarat pertandingan tiga penjuru PRN dan PRU – Suhaizan

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Muzakarah ulama seru agenda “Tajdid Siyasi Malaysia” demi politik lebih harmoni

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Anwar dijangka gegar Puteri Wangsa pada ceramah perdana PH esok

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan

Kerajaan MADANI perkasa pendidikan, utamakan ilmu dan nilai kemanusiaan