159 kandungan palsu berkaitan krisis semasa diturunkan dari media sosial

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menurunkan sebanyak 159 kandungan palsu berkaitan krisis semasa yang tular di media sosial dalam tempoh lima hari sejak 29 Mac lalu.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, antara kandungan tidak benar yang dikenal pasti termasuk dakwaan mengenai kenaikan harga minyak selain maklumat kononnya Malaysia perlu membayar tol di Selat Hormuz.

Beliau berkata, penyebaran maklumat palsu itu berlaku dalam tempoh singkat sekali gus menuntut tindakan segera pihak berkuasa bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Setakat pagi tadi (Jumaat), terdapat 159 kandungan dikenal pasti sebagai palsu dan tindakan sudah diambil oleh pihak MCMC… sama ada untuk diturunkan atau mengesan pihak yang menyebarkannya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC 2026) PKR bagi Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, perkembangan semasa turut menyaksikan kewujudan aktiviti dikenali sebagai ‘coordinated inauthentic behaviour’, iaitu penyebaran maklumat yang pada peringkat awal digerakkan oleh bot atau akaun palsu sebelum dikongsikan semula oleh pengguna sebenar.

“Perkara ini bukan dimulakan oleh manusia, tetapi oleh bot atau akaun palsu. Namun, yang menyambut dan menyebarkannya ialah manusia yang kadangkala tidak membuat semakan.

“Jadi, saya mohon sekiranya rakan-rakan (ketua cabang) melihat apa-apa kandungan yang tidak pasti kesahihannya, maklumkan segera kepada saya. Tidak perlu melalui mana-mana pimpinan, boleh terus hantar kepada saya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah memulakan siasatan terhadap 17 individu yang disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan kenaikan harga bahan api dan tarif baharu elektrik di media sosial.

Dalam kenyataan berasingan, MCMC memaklumkan lapan suspek sudah dipanggil untuk dirakam percakapan berhubung kes hantaran palsu berkaitan isu kenaikan harga bahan api dan tarif elektrik.

Sembilan lagi suspek kini berada dalam proses pemantauan lanjut dan akan dipanggil bagi tujuan rakaman percakapan dalam masa terdekat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China