10 negara diberi lampu hijau melalui Selat Hormuz

IRAN dilihat tidak menutup sepenuhnya laluan strategik Selat Hormuz, sebaliknya melaksanakan pendekatan kawalan terpilih dengan hanya membenarkan kapal dari negara tertentu melintasi perairan berkenaan.

Langkah itu menyaksikan beberapa negara yang dianggap mempunyai hubungan diplomatik baik atau berkecuali diberikan kelonggaran bagi memastikan aliran perdagangan, khususnya bekalan tenaga, tidak terjejas sepenuhnya di tengah ketegangan serantau.

Berikut 10 negara yang dilaporkan menerima akses atau diberikan kelonggaran untuk menggunakan Selat Hormuz.

1. Malaysia

    Kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz tanpa sekatan atau gangguan yang mencerminkan hubungan diplomatik yang baik dengan Iran di samping memastikan bekalan minyak dan LPG negara kekal stabil walaupun krisis sedang berlaku.

    2. Pakistan

    Kapal tangki Pakistan berjaya melalui laluan Selat Hormuz selepas rundingan keselamatan dan diplomatik bersama Iran, sekali gus menjamin bekalan minyaknya yang bergantung kepada import dari Teluk.

    3. Rusia

    Akses diberikan kepada kapal perdagangan dan LNG Rusia untuk melintasi Selat Hormuz, membolehkan eksport tenaga ke Asia dan Eropah Timur diteruskan. Rusia dianggap sebagai rakan dagang strategik, dan akses ini membantu mengurangkan gangguan bekalan global yang disebabkan konflik di Teluk.

    4. India

    Kapal tangki LPG dan minyak India juga dibenarkan melalui laluan itu bagi memastikan keperluan tenaga domestik terus terjamin susulan bekalan tenaga domestik di negara itu sedang mengalami fasa kritikal.

    5. Filipina

    Filipina turut menerima jaminan laluan selamat buat kapalnya dan ‘lampu hijau’ dari pada Iran itu penting bagi kelangsungan bekalan tenaga negara tersebut. Akses ini juga menunjukkan kesediaan Iran untuk memudahkan negara neutral atau sahabat yang tidak terlibat dalam konflik untuk meneruskan perdagangan dan import penting.

    6. Jepun

    Kelonggaran diberikan kepada kapal LNG Jepun untuk melalui Selat Hormuz, di mana laluan tersebut sangat penting buat negara itu kerana bergantung kepada import gas asli cecair dari eluk untuk keperluan tenaga elektrik dan industri.

    7. China

    Kapal kontena dan tangki minyak milik China dibenarkan oleh Iran melalui laluan itu bagi mengekalkan kestabilan bekalan ke Asia Timur. Laluan ini penting bagi memastikan eksport minyak dan LNG dari Teluk ke Asia Timur tetap stabil.

    8. Turkiye

    Turkiye yang merupakan negara neutral dalam konflik turut memperoleh laluan selamat untuk kapalnya selepas rundingan rasmi dilakukan dengan pihak Iran dan langkah ‘lampu hijau’ itu membolehkan pergerakan dagangan barangan dan komoditi dari Teluk ke Eropah dapat diteruskan diteruskan.

    9. Thailand

    Kapal milik Thailand dibenarkan melalui laluan strategik itu dengan protokol keselamatan tertentu bagi memastikan bekalan tenaga tidak terganggu. Thailand bergantung kepada import tenaga dari Teluk untuk industri dan penggunaan domestik, dan akses ini membantu negara itu mengekalkan kestabilan bekalan minyak dan LNG semasa konflik.

    10. Iraq

    Selepas perundingan bilateral dengan Iran, kapal Iraq turut diberikan akses melalui Selat Hormuz dan kebenaran itu adalah penting bagi eksport minyaknya ke pasaran global serta memastikan aliran perdagangan berterusan di rantau berkenaan.

    Pendekatan kawalan terpilih ini dilihat sebagai strategi Tehran mengekalkan pengaruh geopolitik tanpa menjejaskan sepenuhnya aliran perdagangan antarabangsa, khususnya dalam sektor tenaga.

    Related Posts

    Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

    KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

    MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

    Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

    Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

    Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

    Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

    Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

    Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

    Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

    JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

    JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

    80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

    80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China