Zionis dakwa Hassan Nasrallah maut dalam serangan udara di Beirut

TENTERA Zionis dalam satu kenyataan hari ini mendakwa pihaknya membunuh Hassan Nasrallah – pemimpin utama Hizbullah – dalam serangan udara ke atas ibu pejabat bawah tanah organisasi itu berhampiran Beirut, malam tadi.

Hizbullah tidak mengulas mengenai dakwaan Zionis itu, namun jika disahkan, kematian Nasrallah akan memburukkan lagi situasi di Timur Tengah.

Berdasarkan laporan The New York Times, siren amaran serangan udara dibunyikan pihak Zionis di semua kawasan padat penduduk di Baitulmaqdis sebaik berita mengenai kematian Nasrallah tersebar.

“Siren amaran itu adalah bagi mempersiapkan penduduk Israel mengenai kemungkinan berlaku serangan roket dari lokasi ‘yang sangat jauh’,” kata sumber keselamatan Zionis.

Dalam kenyataan mengumumkan kematian Nasrallah, tentera Israel mendakwa serangan itu turut mengorbankan Ali Karaki, komander hadapan selatan Hizbullah bersama beberapa pemimpin Hizbullah yang lain.

Ketua kakitangan tentera Zionis, Lt Jeneral Herzi Halevi dalam kenyataan disiarkan di televisyen Israel berkata, sesiapa yang mengancam negara Israel, pihaknya akan tahu bagaimana untuk ‘menghubungi mereka’.

Berita mengenai kematian Nasrallah juga disahkan agensi perisikan Israel – Mossad – tanpa menunjukkan bukti jelas mengenai dakwaan itu.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dibuat Hizbullah mengenai dakwaan berkenaan.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat