Zahid mohon maaf tersasul pada Himpunan Pembebasan Palestin

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf di atas kekhilafan tersasul laungan ‘hidup Israel’ ketika berucap pada Himpunan Pembebasan Palestin yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Belau berkata, keghairahan berpidato ketika itu untuk memberikan dukungan dan tanda solidariti bagi membebaskan Palestin sehingga tersilap dalam ucapan.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin! Allahu Akbar,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memperjelaskan kesilapan melaungkan ‘hidup Israel’ semasa berpidato di himpunan berkenaan.

Terdahulu, menerusi klip video yang tular di media sosial sejak malam tadi, Zahid dilihat melaungkan hidup Israel yang disahut dengan laungan 
Hidup Palestin oleh peserta himpunan.

Tujuan himpunan tersebut diadakan antara lain bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis terhadap bumi Palestin.

Kira-kira 15,000 orang hadir dalam perhimpunan anjuran kerajaan malam tadi bagi menyuarakan rasa cinta terhadap kedamaian, keamanan dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman oleh rejim Zionis.

Mengulas lanjut, Presiden UMNO itu memaklumkan Himpunan Pembebasan Palestin itu juga bagi memperingati Ismail Haniyeh yang dibunuh dengan kejam.

“Hadirnya kita sebagai rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi.

“Kami berkumpul bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam. Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” katanya.

Related Posts

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hazri Hassan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi memperoleh suapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran