Warga emas mengaku tak salah tampar pemuda bukan Islam

JOHOR BAHRU – Seorang pesara kerajaan yang didakwa semula kerana bertindak menampar seorang pemuda bukan Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini, sebentar tadi.

Abdul Razak Ismail, 65, membuat pengakuan baharu selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Elijah Ling Zhao Zhong, 21, di Lot L1 14 dan 15, Tingkat 1, sebuah pusat beli belah, di Tampoi, di sini, kira-kira 6.15 petang, Ahad lalu.

Nor Afiqah kemudian menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh sementara menunggu kes disebut semula.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Mohd Salleh Togimin berkata, jaminan RM8,000 adalah terlalu tinggi buat Abdul Razak selaku pesara kerajaan kerana perlu menanggung tiga anak termasuk seorang yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.

“Dimohon tawaran jaminan rendah diberikan kerana tawaran jaminan RM8,000 itu seolah-olah hukuman awal terhadap OKS, walaupun dia belum disabitkan bersalah,” katanya.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 29 April ini untuk serahan dokumen.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa dan Nur Fatihah Mohd Nizam.

Terdahulu, mahkamah sama pagi tadi memutuskan tertuduh untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) setelah dia mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Keputusan berkenaan dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan mendapat arahan untuk merujuk semula kertas siasatan kes ke Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

Bagaimanapun, Abdul Razak dituduh semula petang tadi kerana terdapat isu teknikal yang difailkan.

Ahad lalu, tular video di media sosial yang memaparkan seorang pemuda ditegur lelaki yang juga warga emas berkenaan kerana didakwa makan secara terbuka pada bulan Ramadan di sebuah pusat beli-belah di sini.

Berlaku ketegangan apabila warga emas berkenaan meminta pemuda itu menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan beragama Islam.

Pemuda itu yang enggan menunjukkan kad pengenalan kemudian mendakwa dimarahi warga emas berkenaan yang kemudian turut menamparnya beberapa kali.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi