VM2026: Inisiatif budaya, lestari perkasa industri kreatif tempatan

MIRI – Inisiatif memperkasa industri kreatif dan warisan budaya tempatan dilihat memainkan peranan penting dalam merealisasikan kejayaan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pendekatan itu selari dengan aliran sektor pelancongan masa kini yang mula berubah.

Menurutnya, pelancong kini bukan lagi sekadar mencari keindahan alam semula jadi, malah mahukan pengalaman budaya autentik serta produk lestari yang mempunyai penceritaan dan identiti tersendiri.

“Acara mempromosikan budaya tempatan melambangkan pemerkasaan, peluang ekonomi dan kebanggaan. Ia meraikan identiti, kreativiti dan daya tahan masyarakat Sarawak yang menjadi sebahagian penting landskap budaya Malaysia.

“Reka bentuk etnik kontemporari, karya seni, tekstil kraftangan serta produk inovatif berasaskan gentian daun nanas yang dihasilkan komuniti menepati kehendak pasaran global yang mengutamakan keaslian berteraskan warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sarawak Ethnic Contemporary Design Showcase Dinner 2026 di Eastwood Valley Golf and Country Club pada Ahad malam. 

Program berkenaan adalah anjuran bersama Rotary Club of Miri Oil Town dan Persatuan Wanita Orang Ulu Malaysia.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan salam dan sokongan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang tidak dapat hadir atas komitmen rasmi.

Mengulas lanjut, Choon Man berkata, program tersebut bukan sekadar acara makan malam atau pertunjukan fesyen, sebaliknya menjadi platform memperkasa wanita dan komuniti pribumi melalui industri reka bentuk kontemporari.

Jelasnya, inisiatif seumpama itu menyumbang kepada kempen VM2026 melalui tiga aspek utama iaitu memperkaya dan mempelbagaikan produk pelancongan, memperkukuh pelancongan komuniti serta menyokong agenda kelestarian.

“Dengan memperkasa usahawan wanita daripada komuniti Kelabit, Kenyah, Kayan, Penan, Iban dan Lun Bawang, kita memastikan manfaat pelancongan diagihkan hingga ke peringkat akar umbi. Ini selaras dengan komitmen pembangunan pelancongan yang inklusif berteraskan rakyat,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa VM2026 bukan sekadar kempen promosi semata-mata, sebaliknya satu gerakan nasional yang menuntut penglibatan aktif kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan.

Justeru, beliau menggesa rakan korporat dan pemain industri untuk terus menyokong industri kreatif yang sedang berkembang menerusi bimbingan, penjenamaan, pemasaran digital serta akses ke pasaran serantau mahupun antarabangsa.

“Pereka dan artis bukan sekadar menghasilkan karya, tetapi bertindak sebagai duta budaya yang membawa cerita, nilai dan identiti Sarawak ke pentas dunia,” ujarnya.

Related Posts

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh jaringan kebajikan rakyat menerusi pelaksanaan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Empat dengan memperluaskan kategori penerima baharu, termasuk dalam kalangan petugas hal ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

KOTA ISKANDAR – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh komitmen dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup apabila mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta bagi memperluas pelaksanaan program Jualan Kasih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

BKJ Fasa Empat: Petugas agama Johor kini terima bantuan tunai

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

Johor tambah RM30 juta, Jualan Kasih diperluas bantu 750,000 keluarga

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

DAP arah jentera siap sedia hadapi kemungkinan PRN tiga negeri

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Showcase Cats30 gegarkan Pesta Kaul Mukah

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

Perebutan juara EPL luar kawalan City – Guardiola

NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

  • By Ynom
  • May 5, 2026
NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah