NCMS dilancar, perkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri Sabah 

KOTA KINABALU – Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS) melancarkan Native Court Management System (NCMS) bagi memperkasa pengurusan Mahkamah Anak Negeri (MAN) di negeri Sabah. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Arifin Mohd Arif berkata, beliau menyambut baik usaha JHEANS dalam melaksanakan pendigitalan bagi pengurusan berkaitan perkahwinan. 

“Ini sangat baik untuk memudahkan urusan untuk melaksanakannya dengan berkualiti kemudian untuk mengelakkan ketirisan.

“Dan yang sangat penting adalah untuk memudahkan urusan masyarakat termasuk sebagai pendokumentasian urusan-urusan berhubung dengan pernikahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Apresiasi Pegawai dan Kakitangan JHEANS 2025, di sini, pada Isnin. 

Jelasnya, sistem berkenaan telah mula beroperasi dan menerima maklum balas positif daripada orang ramai, khususnya dalam pengurusan sijil nikah digital.

Arifin turut mencadangkan agar JHEANS memperkenalkan kad nikah sebagai pelengkap kepada sistem sedia ada dalam tempoh setahun ini. 

“Sekarang sudah sijil nikah digital, kalau boleh kad nikah juga diperkenalkan untuk keberkesanan aktiviti mereka,” ujarnya. 

Dalam majlis sama, penghargaan turut diberikan kepada seluruh warga JHEANS dan Mahkamah Anak Negeri atas komitmen serta kecemerlangan dalam melaksanakan tugas masing-masing. 

“Saya yakin program ini dapat menjana semangat semua warga JHEANS termasuk Mahkamah Anak Negeri untuk melaksanakan tugas dengan baik dan cemerlang,” tambahnya.

Related Posts

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

MIRI – Tanjung Lobang Lighthouse berpotensi diperkasakan sebagai salah satu tapak warisan sejarah penting di bandar raya Miri susulan lawatan tapak yang diadakan baru-baru ini bagi meninjau usaha penambahbaikan kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

KUCHING – Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn menegaskan peranan penting Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) dalam memelihara warisan masyarakat Bidayuh, memperkukuh perpaduan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi