UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030

KEJAYAAN Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelancaran satelit itu mencerminkan komitmen kerajaan melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk menyokong pembangunan sektor angkasa negara.

“Kejayaan UZMA SAT-1 ini adalah satu manifestasi kepada pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia Space Exploration 2030 (MSE2030) yang memacu penglibatan industri tempatan dalam sektor angkasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut MOSTI, UZMA SAT-1 adalah satelit beresolusi tinggi dijangka mampu menyumbang kepada peningkatan pemantauan permukaan bumi khususnya dalam aspek keselamatan, pertahanan negara dan pengurusan keterjaminan makanan.

“Penggunaan infrastruktur negara sedia ada melalui kerjasama strategik dalam aspek pengoperasian satelit berkenaan dijangka dapat mengoptimumkan lagi pengurusan imej berkaitan Malaysia serta mampu meningkatkan kepelbagaian penggunaannya,” menurut kenyataan itu.

MOSTI turut menyatakan harapan agar pelancaran satelit itu menjadi pemangkin kepada pemain industri tempatan untuk memperkukuhkan potensi keupayaan dan kepakaran dalam teknologi angkasa bagi meneroka potensi baharu agar Malaysia boleh beralih menjadi negara pencipta teknologi angkasa.

“Berdasarkan dasar, pelan tindakan dan perundangan berkaitan aktiviti angkasa yang telah disediakan oleh kerajaan. Seharusnya kejayaan pelancaran satelit UZMA SAT-1 ini menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan ekosistem angkasa negara yang lebih maju demi manfaat kesejahteraan rakyat serta kemajuan negara,” menurut kenyataan itu.

UZMA SAT-1 dilancarkan pada jam 3.09 pagi waktu Malaysia di Vandenberg Space Force Base, California, Amerika Syarikat menggunakan roket Falcon 9 milik SpaceX.

Satelit itu kini berada di orbit rendah bumi pada ketinggian sekitar 500 kilometer dapat menghasilkan imej beresolusi tinggi dengan kemampuan resolusi ruang 50 hingga 70 sentimeter (cm) yang mampu mengesan objek kecil seperti kenderaan dengan jelas.

Ia dilengkapi kamera berteknologi tinggi dengan sensor multi-spectral band, termasuk sensor RGB (merah, hijau, biru) dan inframerah dekat yang mampu memberikan data terperinci untuk pelbagai kegunaan.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan