UTS tubuh pusat pembelajaran perkasa Bahasa Inggeris

SIBU – Universiti Teknologi Sarawak (UTS) merancang untuk menubuhkan sebuah pusat pembelajaran bahasa Inggeris di kampusnya sebagai usaha memperkukuh penguasaan bahasa tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Pengerusi Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Datuk Dr Annuar Rapa’ee mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) akan dijalankan bagi merealisasikan inisiatif ini.

“Matlamat utama pusat ini adalah untuk mencipta suasana bahasa Inggeris digunakan sebagai medium komunikasi utama dengan harapan agar semua pelajar bercakap dalam bahasa tersebut di kampus.”

“Inisiatif ini dianggarkan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tempatan tetapi juga kepada pelajar antarabangsa yang mungkin kurang mahir dalam bahasa Inggeris,” ujar beliau sempena Majlis Lafaz ikrar Mahasiswa Sarjana Muda Ambilan September 2024 di UTS pada Jumaat.

Selain itu, beliau turut menjelaskan pusat itu juga akan memberikan peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar kakitangan mereka mengikuti kursus intensif, manakala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh menghantar guru untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

Dengan kerjasama antara MEITD, Pusat Latihan Bahasa Inggeris (ELTC), KPM dengan UTS berhasrat untuk menjadi salah satu kampus yang menggunakan bahasa Inggeris secara meluas.

Oleh itu, beliau menambah sebuah kertas cadangan bagi penubuhan pusat tersebut yang kini dalam proses penyediaan dan diharapkan dapat memberikan impak positif terhadap penguasaan bahasa Inggeris di Sarawak.

Related Posts

Kepimpinan baharu diharap teruskan kecemerlangan FELDA Jengka

KUANTAN – Usaha memperkukuh hala tuju dan pentadbiran bagi kawasan FELDA Wilayah Jengka diteruskan dengan pemilihan Hasrul Nizam Hassan sebagai pengarah baharu. Lantikan itu dibuat pihak pengurusan FELDA bagi menggantikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas ditemukan meninggal selepas 5 hari dilaporkan hilang

MIRI – Warga emas berusia 73 tahun telah ditemukan meninggal dunia selepas lima hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mangsa, Sagai anak Kunchau, dilaporkan hilang dan tidak pulang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

Mutu IPT jadi penentu masa depan generasi – PM

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

PM harap isu krisis Negeri Sembilan selesai secara muafakat

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Krisis Negeri Sembilan tidak gugat Kerajaan Perpaduan

Keperluan undang-undang berkaitan pasaran digital diperkasa