Usah api-apikan sentimen perkauman – PMX

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mengambil kesempatan untuk membakar dan mengapi-apikan sentimen perkauman dalam menanam bibit kebencian.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, wujud usaha jahat sesetengah pihak berkepentingan yang cuba untuk menanam persepsi ‘double standard’ dalam mengambil tindakan. 

“Ini tuduhan liar yang tidak ada asas sama sekali. Sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.

“Tuduhan dan persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila agama Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas sama sekali,” katanya menerusi Taklimat Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO pada Khamis.

Sebagai contoh apabila kalimat Allah dipersendakan melalui penjualan stokin syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000 manakala seorang lelaki mempersenda perkataan Allah didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan, peniaga jagung bakar letak notis perkauman juga didenda RM400 dan yang terbaru Harith Iskander dan Cecilia Yap masing-masing didenda RM10,000.

Katanya, kesemua kes yang disenaraikan itu jelas menunjukkan bahawa semuanya disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum. 

“Dan kesemua tindakan tersebut adalah berasaskan peruntukan undang-undang sedia ada dan setiap kes yang ada punca pelaporan akan melalui jalur proses dan hukum negara.

“Ini mesej yang tegas buat semua rakyat Malaysia untuk menghentikan budaya menghina mana-mana agama, budaya dan kaum di mana-mana ruang di Malaysia. 

“Usah biarkan hal-hal remeh merobohkan kekuatan dan keunikan kita takkala negara sedang berkembang dan berada pada trajektori yang terbaik,” ujarnya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen