Unicef terkejut kes 402 kanak-kanak alami penderaan mental

PUTRAJAYA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) terkejut dan bimbang dengan laporan 402 kanak-kanak dan remaja daripada beberapa rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan menghadapi penganiayaan, penderaan seksual dan pengabaian.

Wakil Unicef di Malaysia, Robert Gass dalam satu kenyataan berkata, pihaknya percaya kanak-kanak itu mengalami trauma teruk selain memerlukan sokongan dari aspek perubatan dan psikososial.

“Kami memuji tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa atas usaha mereka menyelamatkan kanak-kanak ini dan berharap ini menandakan permulaan proses penyembuhan mereka.

“Namun, selagi kanak-kanak tinggal di tempat penjagaan institusi yang tidak diatur, mereka tetap terdedah kepada penganiayaan,” katanya menerusi kenyataan itu.

Polis semalam dilaporkan menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan dua di Negeri Sembilan menerusi ‘Op Global’.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam satu sidang media di Kuantan dilaporkan berkata, mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki dan 201 perempuan.

Hasil serbuan itu katanya, mendedahkan berlaku kesalahan pengabaian serta penganiayaan terhadap kanak-kanak dan remaja yang juga penghuni di rumah amal itu.

Selain diliwat dan meliwat, Razarudin berkata, mangsa yang kurang sihat juga tidak dibenarkan mendapatkan rawatan di klinik sehingga keadaan mereka menjadi kritikal.

Mengulas lanjut, Gass berkata, Unicef menyokong kehadiran pekerja sosial berkelayakan untuk memantau rumah kebajikan berkenaan dan komited untuk membantu kerajaan dalam melindungi kanak-kanak.

Katanya, pihaknya turut menghargai komitmen pekerja sosial itu dalam mencegah perpisahan keluarga yang tidak perlu.

“Dasar toleransi sifar terhadap kekerasan terhadap kanak-kanak adalah penting kerana setiap kanak-kanak berhak membesar dalam persekitaran keluarga yang penyayang,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Baucar Kasih Johor dilancar secara berperingkat, ringankan beban rakyat

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Insentif RM200 jadi rahmat, bantu pesawah mula membajak

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

Guru tuisyen mengaku salah 7 pertuduhan rogol anak kandung

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

AI pacu transformasi digital Sabah, sokong ekonomi biru – Masidi

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan