Umno setuju jalin kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah – Zahid

KUALA LUMPUR- Umno secara prinsip sudah bersetuju supaya Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah menjalin kerjasama untuk membentuk pakatan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata Umno dan BN juga mengalu-alukan mana-mana parti lain yang mahu menyertai kerjasama itu.

“Keputusan menjalin kerjasama antara BN Sabah dan PH ini menjadi keputusan bersama antara Umno Sabah dan Umno pusat kerana kaedah terbaik adalah bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya dan pada masa sama kita lanjutkan di Sabah.

“Namun parti-parti lain masih terbuka untuk menjalin kerjasama dengan kami. Kita juga harap tidak ada parti di Sabah yang menyebutkan ini adalah parti Malaya ataupun parti peringkat kebangsaan dan tidak perlu masuk ke Sabah.

“Kita sebuah negara demokrasi, maka tidak ada parti tempatan atau parti Semenanjung. Maka seharusnya tidak ada kenyataan dikeluarkan yang menyinggung mana-mana perasaan walaupun parti itu berhajat semula untuk menjadi Ketua Menteri Sabah,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatannya ke China lapor BH pada Khamis.

Ditanya sama ada pendekatan di PRN Sabah akan menjadi model kerjasama BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16, Zahid berkata, setakat ini, kerjasama bertumpu untuk PRN Sabah saja.

“Kita mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah PRN Sabah dulu dan jika ‘template’ dan acuan ini berjaya, tentunya kita akan kaji pelaksanaan di peringkat PRU16.

“Tetapi keserasian di antara BN dan PH 2.0 sudah terbukti baik termasuk dokongan daripada rakan GPS (Gabungan Parti Sarawak), GRS (Gabungan Rakyat Sabah) dan parti lain termasuk Ahli Parlimen bebas.

“Kita lihat nanti bagaimana, yang penting kestabilan politik dapat terus dipertahankan di Malaysia,” katanya.

Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin beberapa hari lalu memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa BN Sabah bagi memperhalusi kerjasama parti itu bersama PH bagi menghadapi PRN ke-17 itu.

Umno Sabah juga menyokong kenyataan Zahid bahawa kempen BN-PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan dijadikan model dan formula kepada jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah