Pekeliling SSPA boleh diakses hari ini

PUTRAJAYA – Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my bermula hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan berkuat kuasa 1 Disember 2024, kerajaan akan melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Dengan terlaksananya SSPA ini, kerajaan menerusi Tan Sri Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berharap agar aspirasi Reformasi Perkhidmatan Awam terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia di kalangan pegawai awam serta mampu memberikan khidmat terbaik dalam memacu kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya,” kata kenyataan itu.

Jelasnya, pelaksanaan dan perincian seperti pelarasan gaji dan urusan perkhidmatan menerusi SSPA akan dimulakan dengan sesi libat urus JPA dalam masa terdekat di semua kementerian dan jabatan bagi membolehkan pengurus sumber manusia mendapat pencerahan sewajarnya.

“Pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam berstatus tetap dan pelarasan gaji baharu hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia atas jemputan khas Putin

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke Moscow atas jemputan khas Rusia menjelang sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan, pada 9 Mei ini. Menurut hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota jemaah haji Malaysia musim ini ditutup

KUALA LUMPUR – Kuota haji Malaysia bagi musim ini ditutup sepenuhnya selepas semua 31,600 tempat berjaya diisi. Ia sekali gus menamatkan peluang terakhir kepada jemaah dalam senarai menunggu untuk menunaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

Majlis Perundingan jadi kunci stabilkan konflik Kerajaan Perpaduan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

RM13.84 juta untuk belia Johor, fokus usahawan dan sukan

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Mercu tanda Kuching ‘merah’ Jumaat ini sempena Hari Talasemia Antarabangsa

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Kompleks Pendidikan Negeri Perak siap, tingkatkan pengurusan pendidikan

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Jalan Manek Urai menghubungkan FT8 ke jambatan dibuka kepada awam

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi

Sarawak bakal reka, lancar satelit pertama tingkatkan industri teknologi tinggi