Undang-undang baharu dicadang letak tanggungjawab kepada pemilik media sosial

PUTRAJAYA – Undang-undang baharu yang meletakkan tanggungjawab ke atas pemilik platform media sosial perlu dipertimbangkan agar penyalahgunaan platform itu tidak lagi berlaku pada masa depan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, ini kerana tindakan segera boleh diambil untuk menghalang situasi sedemikian berterusan sekiranya kejadian jenayah buli siber masih berlaku.

“Saya bersama-sama Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Undang-Undang dan Refomasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman, ketika mesyuarat Jemaah Menteri, telah membangkitkan isu buli siber yang semakin meningkat.

“Kita perlu menghantar signal jelas bahawa kita serius dalam hal mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini dan semua pihak yang berkaitan mempunyai peranan penting yang perlu dilaksanakan bagi tujuan itu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, undang-undang sedia ada khususnya Akta Komunikasi dan Multimedia, Kanun Keseksaan serta Akta Jenayah Komputer sememangnya wujud dan boleh dikuatkuasakan.

“Kami perlu pastikan platform yang didirikan adalah selamat dari sudut keselamatan siber, perlindungan data peribadi, dan yang penting sekali ia tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

“Kes-kes buli siber mesti dipandang serius dan ditangani dengan segera. Kita harus memastikan bahawa undang-undang digubal untuk mengelak daripada berlakunya sebarang penyalahgunaannya dan sekiranya berlaku, tindakan pantas harus diambil,” katanya.

Sehubungan itu, Gobind berkata kementeriannya menyokong usaha Menteri Komunikasi untuk memperkukuh perundangan yang sedia ada atau memperkenalkan undang-undang baharu pada masa hadapan.

Semalam, Fahmi pada sidang media pascamesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap kes membabitkan buli siber.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata, Perdana Menteri menzahirkan rasa kecewa dalam kes buli siber yang membawa kepada kematian seorang pempengaruh TikTok baru-baru ini.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen