Pahang sasar STR di separuh jumlah bahagian Felda bagi 2024

BANGI – Kerajaan Negeri Pahang menyasarkan sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah keseluruhan sebanyak 115 rancangan Felda sebagai penerima Skim Tanah Rakyat (STR) menjelang hujung tahun 2024.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Negeri Pahang, Datuk Amizar Abu Adam memaklumkan, sehingga hari ini sebanyak 18 kawasan yang telah menerima skim tersebut untuk generasi baharu Felda.

“Alhamdulillah STRF di Negeri Pahang, YAB Menteri Besar telah pun melancarkan sebanyak 18 kawasan tanah rancangan dan kita nak mempercepatkan proses permohohan ini.

“Setakat ini di Jengka kita telah berjaya selesaikan 500 permohonan di mana kita (Kerajaan Negeri) sediakan tanah dan mereka bina rumah sendiri.

“Kita di Pahang kalau boleh kita nak tambah sekurang-kurangnya separuh daripada Felda yang ada di negeri ini, kita ada 115 rancangan, setakat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Kami Anak Felda (KAF) Malaysia Kali Ke-8 2024 di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebelum ini mengumumkan mengisytiharan 18 kawasan membabitkan 10 kawasan di Mempaga serta masing-masing empat kawasan di Jengka dan Kuantan di negeri ini sebagai Skim Tanah Rakyat (STR) untuk generasi baharu Felda.

Melalui STR, generasi baharu Felda dengan syarat anak peneroka Felda serta anak jati di negeri berkenaan akan berpeluang untuk membina rumah kediaman mereka di atas tanah yang diberi hak milik.

Amizar dalam ucapannya malam tadi turut menyatakan harapan agar anak Felda di Malaysia berdaftar sebagai ahli KAF.

“Kita menyasarkan 100,000 keahlian yang akan bersama dengan KAF sehingga 2026. Dan setakat ini kita ada kira-kira 30,000. Dan kita sasar untuk tahun ini adalah separuh daripada 100,000,” katanya.

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen