UMS angkat agenda perkukuh pencapaian sains negara menerusi syarahan perdana Prof Dr Lay Yoon Fah

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh komitmen dalam memartabatkan Pendidikan Sains Negara menerusi syarahan perdana melalui anjuran Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) yang berlangsung di Dewan Bankuasi, Dewan Canselor UMS, baru-baru ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, majlis syarahan perdana merupakan tradisi intelektual universiti yang menjadi manifestasi budaya ilmu serta simbol penghormatan institusi terhadap kecemerlangan akademik.

“Platform ini memberi ruang kepada sarjana untuk berkongsi dapatan penyelidikan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti akademik, malah dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan pembuat dasar dalam merangka pembangunan negara.

“Penguasaan Sains dan teknologi dalam kalangan pelajar Malaysia perlu terus diperkasa memandangkan pencapaian negara dalam TIMSS masih belum setanding dengan beberapa negara Asia Timur,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Syarahan tersebut disampaikan oleh Profesor Dr Lay Yoon Fah yang bertajuk ‘The Contributing Factors to Eighth Grade Students’ Science Achievement in Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS): A Comparative Study among Southeast and East Asian Countries’.

Ia menampilkan analisis komprehensif mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Sains pelajar Tingkatan Dua Malaysia dalam pentaksiran antarabangsa TIMSS dengan perbandingan melibatkan negara-negara Asia Tenggara dan Asia Timur.

“Pencapaian Sains pelajar dipengaruhi oleh pelbagai dimensi termasuk sokongan persekitaran rumah, komposisi dan sumber sekolah, iklim serta keselamatan sekolah.

“Faktor persediaan pengetua dan guru, kaedah pengajaran di bilik darjah serta tahap penglibatan dan sikap pelajar terhadap Sains merupakan penyumbang signifikan terhadap prestasi pelajar dalam TIMSS,” katanya.

Tambah beliau, kajian tersebut turut membandingkan pencapaian Malaysia dengan negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Thailand serta negara Asia Timur termasuk Jepun, Korea, Hong Kong dan Chinese Taipei.

“Analisis data sekunder TIMSS dilaksanakan menggunakan pendekatan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) bagi mendapatkan pemahaman lebih mendalam terhadap kesan faktor di peringkat pelajar.

“Dapatan kajian ini seterusnya merumuskan cadangan dasar jangka pendek dan jangka panjang dengan mengambil kira amalan terbaik sistem pendidikan berprestasi tinggi di rantau Asia,” ujarnya.

Katanya, sejak penyertaan Malaysia dalam TIMSS pada tahun 1995 pencapaian negara masih ketinggalan berbanding negara Asia Timur, justeru pendekatan kolaboratif antara kementerian, sekolah, keluarga dan pelajar amat diperlukan bagi memperkukuh prestasi negara pada masa hadapan.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia