Tun M digesa jawab dakwaan Yahoo News kumpul kekayaan luar biasa

“LIDAH tidak bertulang, boleh menjilat tuan.” Peribahasa ini cukup tajam ditujukan kepada tokoh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad yang suatu ketika dahulu lantang mendakwa dirinya tidak pernah mengumpul kekayaan, hanya hidup dengan pencen sebagai bekas Perdana Menteri.

Namun kini, rakyat dikejutkan dengan laporan Yahoo News yang meletakkan beliau sebagai individu ketujuh terkaya di dunia.

Penganalisis politik Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, sebagai seorang negarawan, Dr Mahathir perlu tampil untuk menjelaskan dakwaan tersebut yang bukan sahaja telah mengelirukan rakyat malah turut mencemarkan imej beliau.

“Bagi saya Tun mesti mengeluarkan kenyataan, jelaskan kepada rakyat Malaysia kerana rakyat sekarang bukan lagi buta maklumat. Sememangnya rakyat menanti penjelasan sama ada betul atau tidak dakwaan itu.

“Dengan nilai kekayaan yang dianggarkan mencecah AS$40 bilion (sekitar RM188 bilion), persoalan besar timbul, dari mana datangnya kekayaan sebanyak itu? Bagaimana seorang yang mengaku hidup sederhana, mampu disenaraikan bersama pemerintah negara-negara petro-dollar dan diktator dunia?

“Jika Tun benar-benar seorang negarawan seperti mana beliau sering tonjolkan iaitu pemimpin yang mendahulukan rakyat, yang menjunjung integriti dan ketelusan, maka inilah masanya untuk beliau tampil menjelaskan segalanya kepada rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Azhar yang juga Ketua UMNO Bahagian Beruas berkata, Dr Mahathir yang pernah menjadi Perdana Menteri dua kali seharusnya lebih terbuka dan bertanggungjawab untuk menjawab dakwaan ini sekaligus tidak menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan rakyat.

“Sebagai seorang negarawan, Tun tidak sekadar gemar menyampaikan ucapan berapi-api atau menulis artikel panjang lebar mengkritik kerajaan dan menyalahkan Perdana Menteri selepasnya. Beliau kena bertanggungjawab kepada rakyat. Jika tidak ada apa-apa yang mahu disorok, mengapa terus membisu dalam isu sebesar ini?

“Rakyat tidak perlukan jawapan berputar-putar. Cukuplah dengan pendedahan satu demi satu tentang pemilikan aset, saham dan proksi, rakyat sudah penat dengan retorik. Kalau benar Tun bebas dari sebarang penyelewengan, maka bukti dan penjelasan terbuka lebih bermakna daripada membandingkan diri dengan pemimpin selepasnya,” tegasnya.

Azhar menambah, Dr Mahathir tidak boleh diam membisu kerana dakwaan Yahoo News itu telah menyentuh soal integriti dan kepercayaan rakyat.

“Diam bukan lagi emas dalam isu ini. Jika tidak dijawab, maka rakyat berhak untuk menilai sama ada kata-kata Tun selama ini hanyalah mainan retorik, atau benar-benar lahir daripada keikhlasan seorang pemimpin rakyat. Kalau benar beliau tidak bersalah, mengapa perlu takut bersuara?” soal Azhar.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan