Trump nafi pernah ‘melawat’ pulau milik Epstein

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjelaskan dia tidak pernah mengunjungi pulau milik mendiang ahli kewangan dan pesalah seks, Jeffrey Epstein, malah tidak pernah berada dekat dengan tempat itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kenyataan itu dibuat bagi menyangkal jenaka hos Anugerah Grammy, Trevor Noah, yang mendakwa Trump dan bekas Presiden AS, Bill Clinton kononnya pernah mengunjungi pulau milik Epstein itu.

“Noah memberikan kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai saya, bahawa Donald Trump dan Bill Clinton pernah menghabiskan masa di Pulau Epstein.

“SALAH!!! Saya tidak boleh bercakap bagi pihak Bill, tetapi saya tidak pernah ke Pulau Epstein, mahupun berdekatan. Malah sehingga kenyataan palsu dan berunsur fitnah malam tadi, saya tidak pernah dituduh berada di sana, walaupun oleh media berita palsu,” kata Trump menerusi hantaran di Truth Social.

Dia juga mengecam Trevor Noah, menyifatkan hos itu sebagai seorang yang ‘tidak kompeten’ dan menegaskan perlu memastikan fakta yang betul sebelum membuat kenyataan.

“Kelihatannya saya akan menghantar peguam saya untuk menyaman hos M.C. malang ini.

“Bersiaplah, Noah, kerana saya akan pastikan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan untuk saya!” tambahnya.

Pada 30 Januari, Timbalan Peguam Negara AS, Todd Blanche mengumumkan semua bahan berkaitan kes Epstein telah didedahkan.

Melalui pendedahan terbaharu itu, jumlah keseluruhan data dikeluarkan melebihi 3.5 juta fail dan merangkumi sebutan mengenai ramai tokoh berpengaruh termasuk Trump, Elon Musk, Bill Gates, Clinton dan lain-lain.

Related Posts

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000