Jerman gesa pembukaan lebih banyak lintasan ke Gaza

JERMAN pada Isnin mengalu-alukan pembukaan semula pintu masuk sempadan Rafah dan menggesa pembukaan lebih banyak lintasan ke Gaza bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan serta bekalan keperluan asas disalurkan dengan segera.

Jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, lintasan Rafah kini dibuka semula untuk pergerakan penumpang masuk dan keluar dari Gaza, sekali gus disifatkan sebagai langkah penting ke arah pelaksanaan pelan damai 20 perkara yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Pembukaan ini membolehkan pesakit serta individu yang cedera mendapatkan rawatan perubatan di luar Gaza dan memberikan sinar harapan kepada penduduk yang menderita akibat konflik berpanjangan,” katanya, lapor Anadolu.

Beliau turut menegaskan komitmen Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman untuk menyokong usaha pembukaan lintasan sempadan lain bagi memastikan penghantaran barangan dan bekalan ke Gaza dapat dilaksanakan secara sistematik.

Lintasan Rafah yang menghubungkan Gaza dengan Mesir dibuka semula secara separa pada Isnin selepas hampir dua tahun ditutup oleh Israel, dengan pelaksanaan syarat keselamatan yang ketat.

Media Israel melaporkan, kira-kira 150 rakyat Palestin dibenarkan keluar dari Gaza manakala 50 individu dibenarkan masuk setiap hari menerusi lintasan berkenaan.

Menurut pegawai kesihatan Gaza, dianggarkan sekitar 22,000 pesakit sedang menunggu pembukaan penuh lintasan itu bagi mendapatkan rawatan perubatan di luar wilayah berkenaan.

Israel menawan lintasan Rafah pada Mei 2024, iaitu hampir sembilan bulan selepas melancarkan serangan ketenteraan ke atas Semenanjung Gaza. Sejak Oktober 2023, konflik berkenaan telah mengorbankan lebih 71,000 nyawa dan mencederakan lebih 171,000 penduduk Palestin.

  • Related Posts

    Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

    WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau akan melanjutkan gencatan senjata dengan Iran tanpa had, beberapa jam sebelum ia dijadual tamat. Katanya, ia bagi membolehkan kedua-dua negara…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

    GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan. Dapatan itu terkandung…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

    Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

    Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

    Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

    Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

    Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

    Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

    Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

    Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

    Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

    Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

    Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000