Tradisi unik solat Aidilfitri dalam istana erat hubungan rakyat dan Raja Perlis

ARAU – Solat sunat Aidilfitri di pekarangan Istana Arau menjadi simbol hubungan unik dan erat antara Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dengan rakyat jelata apabila tradisi itu terus dikekalkan sempena lebaran tahun ini.

Berbeza dengan negeri lain yang lazimnya mengadakan solat di masjid negeri, rakyat Perlis berpeluang mengimarahkan pagi 1 Syawal di Dataran Istiadat Istana Arau, di bawah limpah keberangkatan Raja dan kerabat diraja.

Solat yang bermula kira-kira pukul 8 pagi itu diimamkan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor dan disusuli khutbah oleh Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin.

Keberangkatan Tuanku Syed Sirajuddin turut disambut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli serta barisan pemimpin negeri dan Persekutuan.

Baginda kemudian berkenan menyantuni rakyat dan merakam foto kenangan bersama lebih 2,000 jemaah yang hadir dalam suasana Aidilfitri yang ceria dan penuh kemesraan.

Menurut seorang jemaah Kariah Kota Raja, Samsudin Derahman, 63, peluang menunaikan solat di dalam kawasan istana bersama Raja merupakan pengalaman istimewa yang tidak dilupakan.

“Sambutan lebih meriah tahun ini kerana ramai rakyat mahu bersama Tuanku Raja Perlis bersempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda.

“Tradisi ini memperlihatkan bagaimana institusi diraja Perlis kekal dekat di hati rakyat dengan pendekatan mesra dan terbuka,” ujarnya.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda