SARIKEI – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, tradisi hidangan kek lapis yang beraneka warna dan corak telah menjadi kebanggaan masyarakat Sarikei amnya.
Aliff Omar Yunus berkata, ini merupakan tradisi yang wajib dibuat oleh bonda tercinta sempena Hari Raya setiap tahun.
Menurutnya, dia sudah meyaksikan tradisi itu sejak lahir lagi dan akan diteruskan oleh adik- beradiknya sampai bila-bila setiap sambutan Hari Raya. Tradisi ini merupakan simbol kebanggaan mereka sekeluarga.

Meja-meja di rumah terbuka Aliff dipenuhi dengan pelbagai jenis kek lapis, mencerminkan kemeriahan dan keunikan budaya tempatan.
Dia juga berharap agar tradisi ini terus berkembang dan kek lapis Sarawak kekal sebagai simbol kemeriahan dan perpaduan dalam setiap perayaan, menggambarkan kekayaan budaya serta warisan di Sarawak amnya.










