Titah Adendum: Keputusan mahkamah perlu dihormati, jangan campur politik – Pengamal undang-undang

KEPUTUSAN mahkamah perlu dihormati tanpa sebarang campur tangan selagi tiada bukti jelas menunjukkan penglibatan kerajaan atau Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam proses kehakiman, kata pengamal undang-undang, Muhammad Zaim Azfar Jalaluddin.

Beliau berkata, dalam sistem perundangan yang berfungsi secara bebas, keputusan hakim tidak boleh dipersoalkan atas dasar persepsi atau kekecewaan politik semata-mata kerana tindakan sedemikian boleh membawa implikasi berbahaya kepada negara.

“Selagi tiada bukti jelas yang menunjukkan campur tangan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, kita perlu menerima keputusan mahkamah. Ia dibuat secara bebas,” katanya kepada The Malaysia Press.

Menurutnya, sebarang dakwaan tanpa bukti kukuh bukan sahaja tidak boleh diterima, malah berpotensi menjadi fitnah yang boleh merosakkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

“Melainkan ada pihak yang boleh mengemukakan bukti jelas, dakwaan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia berbahaya. Kita akan menfitnah orang dan bermain dengan persepsi yang boleh memberi kesan buruk,” katanya.

Muhammad Zaim berkata, tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan atau Perdana Menteri berkaitan keputusan hakim boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman dan kerajaan, sedangkan kedua-duanya merupakan tonggak penting dalam menyelesaikan masalah harian rakyat.

“Jika keyakinan ini runtuh, ia boleh menjadi satu bencana kepada negara. Institusi kehakiman dan kerajaan adalah tempat rakyat bergantung, dan merosakkan kepercayaan terhadapnya akan membawa kesan jangka panjang,” katanya.

Mengulas punca kemunculan dakwaan sedemikian, beliau berkata ia sering berpunca daripada kekecewaan pihak tertentu yang meletakkan harapan terhadap keputusan tertentu daripada kerajaan.

“Kadangkala kita sendiri meletakkan harapan terhadap sesuatu keputusan. Apabila ia tidak berlaku seperti yang diharapkan, kekecewaan timbul atas dasar kemanusiaan dan daripada situlah tuduhan-tuduhan ini muncul,” katanya.

Berhubung kebimbangan terhadap pihak yang memainkan isu ini di ruang awam, Muhammad Zaim berkata, beliau tidak terlalu bimbang terhadap ahli politik kerana mereka mempunyai peranan, pandangan dan kepentingan tersendiri dalam sistem demokrasi.

“Dalam politik, ahli politik mempunyai watak tersendiri dan dalam ruang awam, mereka bebas menyatakan pandangan. Itu bukan masalah besar,” katanya.

Namun, beliau memberi amaran bahawa isu berkenaan menjadi membimbangkan apabila ia dibawa terlalu jauh sehingga melampaui batas wacana sivil dan menjurus kepada pelanggaran undang-undang.

“Yang membimbangkan ialah apabila ia dibawa terlalu jauh dalam ruang awam sehingga memalukan dalam konteks sivil dan menjurus kepada jenayah dalam konteks undang-undang,” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman bekas Perdana Menteri berhubung dakwaan titah adendum, selepas mendapati isu itu tidak dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024, sekali gus mengesahkan beliau perlu menjalani baki hukuman di Penjara Kajang.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi dengan sebahagian memberi sokongan manakala sebahagian lain melahirkan kekecewaan terhadap hasilnya.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Anwar turut menegaskan badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar dan kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak agar tidak menimbulkan spekulasi atau dakwaan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman.

Related Posts

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PADANG BESAR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) mempertingkatkan kawalan di stesen minyak berhampiran sempadan negara menerusi pelaksanaan Ops Tiris 4.0 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Oleh: JASMINE AE, NANA MOHAMAD, HAFIQ HASSAN & HELDA JULIE KUCHING – Keputusan Kerajaan MADANI mengekalkan harga bahan api diesel pada kadar RM2.15 seliter di Sarawak disambut baik dan disifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi