Tinggalkan Pas dan masuk Bersatu pun buta Al-Quran?

HANYA mereka yang buta al-Quran sahaja meninggalkan perjuangan Pas, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presiden Pas itu turut berkata, golongan yang meninggalkan parti itu kerana terpengaruh dengan politik yang tidak membawa mereka kepada perjuangan sehingga akhirat.

Demikian kenyataan Ahli Parlimen Marang merujuk laporan sebuah portal bertarikh 2 Julai 2017 yang dipercayai reaksi terhadap ahli-ahli Pas yang keluar parti seterusnya menyertai parti lain pada ketika itu.

Tangkap layar laporan berkaitan yang disiarkan sebuah portal.

Kenyataan yang keras itu seolah mendakwa mereka yang meninggalkan Pas sudah keluar daripada perjuangan Islam atau mungkin sudah tidak Islam bergantung pada kefahaman pembaca.

Perlukah hingga tahap itu label yang diberikan kepada mereka yang keluar parti kerana memilih atau membina pentas baru bagi mereka meneruskan perjuangan?

Mana mungkin Pas menganggap hanya parti itu yang memperjuangkan Islam di atas muka bumi ciptaan Allah yang luas ini.

Inilah kenyataan yang mengikut sedap mulut atau citarasa sendiri bergantung pada sentimen politik yang hendak dimainkan.

Naratifnya sangat mudah ditelan mentah-mentah oleh individu atau kumpulan yang taksub.

Fenomena begini tidak mustahil mengundang bahaya bagai ‘time bomb’ kepada keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Berbalik kepada kenyataan Abdul Hadi, tertanya juga dengan status calon Perikatan Nasional (PN) PRK Nenggiri, Mohd Rizwadi Ismail, yang dikatakan baru menyertai parti Bersatu dua hari sebelum diumumkan sebagai calon.

Bermakna beliau telah pun meninggalkan Pas dan persoalannya adakah ini juga bermaksud keluar dari perjuangan Islam serta buta Al-Quran?

Mungkin juga ada yang menjawab walaupun menyertai Bersatu tetapi masih di bawah payung yang sama iaitu PN.

Jika begitu, adakah Pas kini sudah ada pentas baru dalam perjuangan mereka atau PN dianggap begitu selagi Pas masih sebagai salah satu parti gabungan?

Selepas ini jika Pas meninggalkan PN, tidak mustahil parti gabungan dalam PN juga akan dicop buta Al-Quran dan tidak lagi bersama dalam perjuangan Islam.

Manakala parti gabungan baharu pula akan disucikan dan ‘diislamkan’ bagi memenuhi agenda politik demi mendapatkan kuasa semata-mata.

Hanya tangan pengundi mampu menentukan ‘survival’ pemimpin parti yang menggunakan agama sebagai modal meraih sokongan.

Tunjukkan mereka jalan keluar atau agama Islam akan terus jadi bahan dagangan golongan ini.

Related Posts

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

KUANTAN – Cadangan operasi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tidak seimbang antara pengangkutan kargo dan penumpang dibimbangi tidak dapat memberi manfaat signifikan kepada orang ramai. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

KUANTAN – Inisiatif Rumah Bangsa hasil ilham Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sudah mula menunjukkan hasil yang baik. Selain bertujuan memperkukuhkan perpaduan dalam parti, inisiatif itu juga dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi

Potongan gaji menteri bergantung keputusan PM – Fahmi