Tiga pegawai DBKL direhatkan hingga selesai siasatan

TIGA pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) direhatkan sementara berikutan susulan insiden pergaduhan dengan peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, tindakan ini diambil bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar ia dapat dijalankan secara bebas, telus, dan menyeluruh tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

Maimunah berkata, keputusan ini juga turut dibincang bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

“DBKL memandang serius kejadian ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku warga kerja sekiranya dibuktikan bersalah, terutama yang menjejaskan integriti dan kepercayaan awam terhadap institusi penguatkuasaan.

“DBKL kekal berprinsip untuk menegakkan tadbir urus yang berintegriti, bertanggungjawab dan berteraskan prinsip keadilan kepada semua pihak. Sebarang keputusan akan ditentukan setelah siasatan penuh selesai,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada masa yang sama, Pengarah Eksekutif (Sosio Ekonomi) dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan juga telah mewakili DBKL menziarahi peniaga belon, Muhamad Za’imuddin Azlan yang kini sedang menerima rawatan di hospital.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video memaparkan insiden pergaduhan selepas berlaku perselisihan antara penguat kuasa DBKL dan penjual barangan tanpa lesen.

Rakaman itu dirakam oleh peniaga sekitar kawasan itu yang menunjukkan beberapa anggota penguat kuasa DBKL merampas belon jualan oleh seorang peniaga yang didakwa tidak memberikan kerjasama.

Beliau juga berkata, DBKL juga akan mempertimbangkan bagi menanggung kos rawatan peniaga belon terbabit sepanjang tempoh rawatan.

“Ia tertakluk kepada semakan lanjut dan keperluan perubatan semasa. Kami menyeru agar semua pihak mengelak dari membuat spekulasi, bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan siasatan terperinci berhubung kes ini,” ujarnya.

Related Posts

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

KUCHING – Sebanyak 10 tapak Bazar Ramadan akan beroperasi dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bagi tahun 2026, melibatkan penyertaan penganjur daripada pihak komuniti dan sektor swasta. Pengerusi MPP,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

PAGI itu, seorang ibu berdiri di hadapan pintu sekolah rendah dengan tangan anaknya digenggam erat. Anak itu baru berusia 6 tahun. Wajahnya tidak gentar. Beg galasnya kemas, matanya bercahaya, dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine sasar lahir tenaga maritim profesional

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

TCCS Marine pacu ekosistem latihan maritim negara

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

10 tapak Bazar Ramadan 2026 bakal beroperasi di Padawan

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Apabila seorang anak sudah bersedia, mengapa kita perlu menahannya?

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Lelaki ada 9 rekod jenayah positif dadah dicekup

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi

Penggunaan AV Pos Malaysia tingkat kecekapan, bukan singkir pekerja – Fahmi