Jadikan Aidilfitri sebagai platform pupuk semangat muhibah, cetus perpaduan kaum di media sosial

PUTRAJAYA –  Ledakan teknologi maklumat dalam era digitalisasi yang menjadi platform komunikasi penting wajar digunakan untuk mempromosi semangat muhibah dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, platform itu mampu mengekalkan ikatan silaturahim walaupun berada saling berjauhan apabila masih dapat berinteraksi antara satu sama lain sekali gus berpotensi mengukuhkan lagi hubungan pelbagai kaum di Malaysia.

Menurutnya, media sosial sekiranya disalah guna boleh menjadi punca perselisihan faham dan kerana itu penting bagi semua rakyat melaksanakan peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai warganegara cintakan negara dengan menggunakan media sosial sebagai medium perpaduan.

“Kebelakangan ini, negara begitu dipolemikkan dengan pelbagai isu kaum dan agama sehingga menampakkan sisi buruk negara.

“Marilah kita mengambil semangat perayaan Aidilfitri bagi mencipta sisi positif yang mempromosikan keharmonian yang kita miliki bersama.

“Pada lebaran tahun ini juga, saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia memperkukuhkan lagi semangat keharmonian yang sekian lama wujud dalam masyarakat majmuk negara ini,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Lam Thye berpandangan, sambutan Aidilfitri yang akan dirai esok wajar mengambil semangat muhibah serta medan menonjolkan dan memupuk perpaduan erat semua kaum.

Beliau yang juga Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat berkata, isu perkauman sejak kebelakangan ini wajar dihentikan kerana ia tidak mendatangkan manfaat kepada mana-mana pihak sekalipun.

“Perayaan Aidilfitri kali ini perlu dirai dengan semangat muhibah menerusi penyampaian mesej positif di media sosial.

“Sudah lama kita tidak mempromosikan semangat muhibah sesama kaum di Malaysia. Kita sibuk dengan dunia digital hingga kita kurang berinteraksi dan menambah semangat muhibah,” katanya.

Beliau berkata, tidak seharusnya ada pihak menjauhkan diri daripada perkembangan ledakan media sosial walaupun mempunyai pengaruh negatif jika disalah guna, sebaliknya wajar menguasai teknologi itu bagi membolehkan ia digunakan sebaiknya dalam mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.

“Kita banjiri sosial media dengan semangat harmoni sebenar yang kita miliki. Jadikan lebaran tahun ini untuk melupakan persengketaan yang wujud akibat kepentingan peribadi hero etnik atau politik.

“Ayuhlah sama-sama kita ambil langkah kecil yang memberi impak besar dalam membina jambatan menghubungkan pelbagai etnik,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merafak sembah tahniah kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 hari ini. Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi akan beri sokongan jika UMNO bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16

KUALA LUMPUR – UMNO meyakini bahawa akar umbi akan memberi sokongan terhadap keputusan parti untuk terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

NADMA, Sarawak perkukuh koordinasi hadapi bencana

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Dana RM100,000 bantu perbaiki fasiliti SMK Lutong

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz