Tiga keluarga pindah, banjir landa Setiu

SETIU – Seramai 18 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Bari Besar selepas kediaman mereka terjejas banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, PPS Bari Besar, dibuka jam 11.20 pagi tadi menempatkan tujuh lelaki dan tiga wanita dewasa.

Selain itu masing-masing dua kanak-kanak lelaki dan perempuan serta seorang bayi lelaki dan dua bayi perempuan.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan 13 stesen di lima daerah di Terengganu merekodkan hujan melebihi 30 milimeter (mm) bermula jam 12 tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Osman Abdullah berkata, stesen di daerah Besut iaitu di Institut Pertanian Tok Dor merekodkan penerimaan hujan 31.5mm dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Jabi (33.0 mm).

Katanya, dua stesen di daerah Kuala Nerus iaitu di SK Gemuroh mencatatkan penerimaan hujan 38.0mm dan di Kampung Jeram (32.5 mm), manakala di daerah Kuala Terengganu iaitu di rumah pam di Pulau Bahagia, mencatatkan penerimaan hujan sebanyak 45.5mm.

Sungai Nerus di Kampung Bukit mencatat bacaan paras waspada iaitu 10.50 meter, Sungai Tersat di Kampung Sekayu (19.0 meter) dan Rumah Pam di Sungai Terengganu melebihi aras waspada 2.0 meter.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat