9 keluarga di Kg Muhibbah, Bukit Garam terjejas banjir

KINABATANGAN – Sebanyak sembilan keluarga membabitkan 34 mangsa di Kampung Muhibbah, Bukit Garam terjejas akibat banjir yang melanda kawasan itu pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 pagi daripada seorang penduduk yang memaklumkan beberapa rumah telah dinaiki air.

“Pasukan bomba segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan pemeriksaan dan operasi penyelamatan.

“Bagaimanapun, semua mangsa telah berpindah sendiri ke Dewan Pangkalan Bukit Garam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Paras air masih dilaporkan berada pada tahap berbahaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa pemantauan berterusan akan dilakukan dan menasihati penduduk supaya berpindah ke kawasan yang lebih selamat sekiranya keadaan bertambah buruk.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim