Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick menyatakan bahawa beliau tidak melihat sebarang masalah dengan penggunaan slogan ‘Sabah for Sabahan’ oleh rakyat negeri ini.

“Saya tidak melihat sebarang masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’, ‘Sabah First’, Sabah Rumah Kita atau apa-apa tema lain yang digunakan oleh rakyat Sabah.

“Bagi saya, ia merupakan satu bentuk semangat patriotik. Selagi ianya bertujuan untuk memupuk perpaduan rakyat Sabah serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhan, maka gunakanlah tema ini atau apa-apa tema lain yang bersesuaian,” katanya.

Ewon berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu slogan Sabah for Sabahan selepas merasmikan majlis pengambilalihan Klinik Sahabat oleh Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) daripada Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP SAHABAT) di sini pada Khamis.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi turut menegaskan bahawa tidak ada halangan untuk parti-parti politik di Sabah memilih acuan tersendiri, termasuk membina persahabatan dan kerjasama dengan parti lain di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“Sebagai presiden parti dari Sabah, saya sangat memahami sentimen dan aspirasi rakyat negeri ini. Sebab itu saya menegaskan bahawa aspirasi tempatan perlu menjadi asas dalam perundingan untuk membentuk gabungan politik yang lebih besar di Sabah.

“Saya juga tidak melihat sebarang isu sekiranya parti-parti Sabah memilih untuk bekerjasama dengan parti lain di peringkat nasional atau dengan parti-parti luar negara yang menjunjung nilai demokrasi.

“Saya lebih cenderung melihat keberkesanan kerjasama antara parti politik dalam usaha menyelesaikan masalah rakyat.

“Semangat dan laungan slogan mestilah disertai dengan tindakan yang membawa penyelesaian kepada masalah asas rakyat seperti jalan raya, liputan internet dan keperluan asas lain,” katanya.

Tambah Ewon, slogan yang lantang tidak akan membawa makna jika masalah rakyat kekal tidak diselesaikan meskipun telah berlarutan berpuluh tahun lamanya.

“Sebab itu di kawasan yang saya wakili, saya mahu membina kekuatan tambahan dengan bekerjasama dengan parti-parti lain serta menggerakkan koperasi sebagai satu kaedah menyelesaikan masalah rakyat, kerana saya sedar bahawa peruntukan wakil rakyat juga mempunyai batasannya,” ujarnya.

Related Posts

Isu binaan haram dan kepentingan negara

RAMAI mempersoalkan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) begitu tegas terhadap para pendemo berkaitan isu kuil haram. Ada yang menafsirkannya sebagai sikap keras terhadap kebebasan bersuara. Namun tafsiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Realiti ekonomi Terengganu: Angka besar belum tentu ubah nasib rakyat

POSTER propaganda yang mendakwa Terengganu kini ‘bersih, telus dan maju tanpa rasuah’ mungkin kelihatan meyakinkan di atas kertas. Angka untung ratusan juta, hutang berkurang dan pengiktirafan indeks ketelusan digunakan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang